Saturday, August 4, 2007

Menyedia Rancangan Perniagaan (RP)


Anda menghadapi masalah dalam penyediaan kertas kerja untuk perniagaan anda?

Sebelum itu, renungi kes-kes di bawah ini:-

1) Pak Ali menjalankan perniagaan Nasi Beriyani sejak 5 tahun yang lalu di Batu Pahat. Perniagaannya bertambah maju dari tahun ke tahun. Pak Ali telah lama memikirkan idea untuk beliau meluaskan rangkaian perniagaannya dengan membuka cawangan baru di Johor Bahru. Namun, Pak Ali yang hanya dibantu oleh isterinya buntu dalam perkara ini kerana beliau yang hanya berkelulusan Darjah 6 tidak mahir dalam kira-kira, apatah lagi membuat kertas kerja seperti yang diminta oleh pihak Bank. Sementara rekod perniagaannya juga tidak terurus. Beliau hanya merujuk Penyata Bank dan juga pegangan tunai bagi menentukan untung atau tidak perniagaannya. Sehingga kini, cita-citanya hanyalah impian sahaja.

2) Hakim berkelulusan dalam bidang mekanikal dari institusi pendidikan teknikal terkenal di negara ini. Menjadi usahawan adalah cita-cita beliau sejak dari zaman persekolahan lagi. Beliau yang kini bekerja di bengkel kereta di Kuala Lumpur telah berasa cukup pengalaman dan bersedia untuk membuka bengkel keretanya sendiri. Memandangkan beliau tidak mempunyai cukup modal, beliau telah membuat permohonan pembiayaan pinjaman dari beberapa bank. Namun, kesemua permohonan tersebut telah ditolak dengan alasan projek cadangan beliau kurang berdaya maju. Sehingga kini juga, cita-cita beliau tidak kesampaian.

Kedua-dua kes tersebut di atas mempunyai hubung kaitnya dengan penyediaan kertas kerja perniagaan yang berkesan. Kes 1 melibatkan kegagalan membuat kertas kertas sementara Kes 2 ialah kegagalan membuat kertas kerja perniagaan yang berkesan.

Penyediaan kertas kerja perniagaan seringkali menghantui usahawan-usahawan Bumiputera sehingga ia menjadi salah satu punca kegagalan golongan ini untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan.

Antara sebab kegagalan usahawan/bakal usahawan menyediakan kertas kerja perniagaan yang berkesan dan berdaya maju adalah:-

1) Kurang mahir IT – menyediakan kertas kerja perniagaan memerlukan mereka menggunakan komputer.
2) Kurang mahir mengolah ayat – idea banyak, tapi tidak tahu meletakkannya di atas kertas.
3) Rancangan perniagaan yang belum benar-benar pasti – banyak idea perniagaan tetapi belum pasti mana yang paling sesuai.
4) Tidak ada pengalaman dalam perniagaan yang hendak diceburi – tidak ada idea tentang operasi, pentadbiran, kewangan dan pemasaran perniagaan tersebut.
5) Tidak berkemahiran menyediakan Unjuran Aliran Tunai dan Unjuran Untung Rugi perniagaan tersebut – kebanyakan usahawan/bakal usahawan menghadapai masalah ini.
6) Gagal mengenalpasti lokasi yang sesuai untuk perniagaan.

Tahukah Anda?
Kos upah menyediakan Rancangan Perniagaan di pasaran adalah lebih kurang RM2,000 – RM10,000!

Dengan Template kami, anda mampu menyediakan kertas kerja perniagaan yang berkesan dengan kos yang minimal dengan kaedah yang cukup mudah. Anda hanya perlu menambah maklumat mengikut format yang telah disediakan yang telah disesuaikan dengan perniagaan pilihan anda. Contoh isikandungan kertas kerja perniagaan adalah:-

1) Pengenalan
2) Maklumat Usahawan
3) Operasi
4) Pentadbiran
5) Kewangan
6) Pemasaran
7) Lokasi
8) Unjuran Aliran Tunai
9) Unjuran Untung Rugi
10) Peta lokasi cadangan
11) Gambar lokasi cadangan
12) Pelan susunatur
13) Gambar dalaman premis.

Dapat segera dengan harga yang amat berpatutan dan sementara harga pengenalan ini dinaikkan! Harga pengenalan kami adalah RM199.00 setiap Template.

Kenapa ia amat mudah digunakan?
Ia adalah dalam format WORDS dan EXCEL dan anda hanya perlu meminda/menambah ke atas format tersebut bagi mengisi maklumat yang berkaitan dengan perniagaan anda. Unjuran Aliran Tunai & Untung Rugi (yang paling kritikal) adalah dalam format EXCEL di mana angka-angka yang diletakkan adalah sample. Jika anda mahu pinda angka tersebut, anda hanya perlu ubah dalam kolum yang ditandakan dan ia secara automatik akan mengubah keseluruhan unjuran tersebut!. Begitu mudah sekali! Dengan syarat, anda mahir menggunakan Words dan Excel.

Dapatkannya sekarang! Sementara masih dalam Harga Pengenalan! Hubungi: 013-6675709 atau e-mail ke: abacusworld@gmail.com

Usahawan yang berjaya adalah usahawan yang berjaya merancang perniagaannya dengan berkesan.

Ikhlas dari saya:

Helmi Hazmi
B.Acc (Hons.), C.A (M)
Akauntan Bebas/ Konsultan Perniagaan & Pengurusan
013-6675709

No comments: