Sunday, August 19, 2007

Skim PROSPER PUNB Membangun Usahawan Peruncitan Bumiputera

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), sejak 2001 telah berjaya membangun ramai Usahawan Bumiputera dalam Sektor Peruncitan. Diurus oleh pegawai-pegawai profesional Bumiputera, Skim PROSPER ini yang dicetuskan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamed, telah memacu industri peruncitan di kalangan Bumiputera dengan khidmat professional mereka yang mahir dalam industri tersebut bagi membimbing usahawan sedia ada dan usahawan baru. Semoga niat suci ini akan terus bersemarak di seluruh pelusuk Malaysia dan menjadikan Bumiputera adalah pemain peruncitan yang dominan, domestik dan global, InsyaAllah.

Antara lain, Skim PROSPER Runcit yang berlandaskan pembiayaan Islam, menawarkan peluang perniagaan runcit dalam bidang-bidang seperti berikut:

Kedai Runcit / Pasar Mini
Kedai Elektrik & Elektronik
Kedai Cermin Mata / Jam
Kedai Gambar / Cendermata / Bunga
Kedai Dobi
Penjualan Makanan (termasuk bakeri)
Kedai Peralatan Komputer / Telekomunikasi & IT
Kedai Buku / Alat Tulis
Kedai Tekstil & Pakaian / Barang Kemas / Aksesori Wanita
Farmasi
Peralatan Sukan & Rekreasi
Pusat Perabot / Perhiasan Rumah
Pembekal Bahan Binaan
Pengusaha Stesen Minyak
Pengedar / Bengkel Baik Pulih Kenderaan
Klinik Perubatan / Gigi / Mata, Firma Arkitek dan lain lain firma profesional yang diiktiraf oleh kerajaan *
Lain lain perniagaan yang sesuai


Untuk maklumat lanjut, layari laman Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB):

http://www.punb.com.my/index.php?ch=bm_pros&pg=bm_prosper_runcit&ac=123

Selamat maju jaya! Salam perjuangan.

No comments: