Sunday, August 5, 2007

Bahulu Tradisional Hajjah Tugirah


Bahulu Murni Enterprise adalah kesinambungan penubuhan perniagaan bahulu tradisional Puan Hajjah Tugirah Hj Sahlan, pengusaha dan pengeluar bahulu tradisional terkenal di Daerah Sepang, Selangor sejak tahun 1980-an lagi. Beliau yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam industri ini, dikenali kerana masih mengekalkan kaedah tradisional dalam pembuatan bahulu.

Produknya berbeza dengan keluaran yang menggunakan kaedah moden di mana oven digunakan, manakala beliau masih menggunakan arang.

Tempahan bukan sahaja dari pelanggan tetap tempatan malahan pelanggan dari Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Perak. Pelanggan beliau terdiri daripada penggemar makanan tradisional terutamanya masyarakat kampung dan juga golongan-golongan korporat dan professional di bandar.

Dengan permintaan yang semakin banyak, Puan Hajjah Tugirah dibantu oleh anak perempuan sulungnya, Puan Siti Salwa Hj Suib serta anak-anak dan cucu-cucunya yang lain di dalam aspek pengeluaran dan pengurusan. Kilang beliau pula terletak bersebelahan kediaman beliau di Kampung Bukit Bangkong, Sepang yang juga terkenal dengan Industri Makanan Ringan Desa.

Antara produk-produk beliau yang laris adalah Bahulu Gulung, Bahulu Lapis dan Bahulu Cermai. Ia sesuai untuk hidangan tetamu di rumah, rumah terbuka, jamuan pejabat, hamper dan makanan sambilan di mana-mana jua. Rasa sekali pasti nak lagi. Beliau juga mengeluarkan produk sampingan yang lain seperti Kerepek Pisang Tanduk, Tempeyek Kacang Tanah, Kacang Dal & Kacang Hijau.

Semoga dengan penampilan dalam laman blog ini akan dapat sedikit sebanyak membantu mempromosikan perniagaan beliau ini.

Sebarang pertanyaan, tempahan bolehlah hubungi beliau di talian 013-6675709 atau 03-31412544

No comments: