Sunday, August 19, 2007

SME BANK - Membantu Usahawan IKS Bumiputera

SME Bank atau Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia Berhad mula beroperasi pada 3 Oktober, 2005 sebagai sebuah institusi kewangan khusus bagi membimbing dan memenuhi permintaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Sebagai sebuah pusat sehenti yang bergiat memenuhi permintaan bantuan kewangan dan pembangunan perniagaan PKS di Malaysia, bank ini melengkapkan lagi produk dan perkhidmatan sedia ada yang ditawarkan oleh bank-bank komersil melalui gabungan khidmat perniagaan yang sistematik dan komprehensif.

Peranan utama bank ini adalah untuk menyumbang ke arah komuniti usahawan yang lebih berdaya saing di Malaysia. SME Bank yang merupakan anak syarikat milik penuh Bank Pembangunan Malaysia Berhad. beroperasi melalui ibu pejabatnya di Kuala Lumpur dan 16 cawangannya di seluruh negeri.

SME Bank menawarkan pembiayaan Islam, juga konvensyenal bagi membantu usahawan-usahawan Bumiputera dalam bidang Industri Kecil dan Sederhana. Contoh pembiayaan bagi kategori Start-Up (perniagaan/perusahaan yang baru bermula), layari : http://www.smebank.com.my/malay/start-up.asp

Juga terdapat pembiayaan bagi professional, francais, global dan juga perolehan.

Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.smebank.com.my/
atau hubungi hotline: 03-26152020

Selamat Maju Jaya!

No comments: